Sunday, July 31, 2011

Warkah

Warkah ni khas to sesape yg nak . N benda ny Puan Rohaida yg ajar Mirza : )


Kehadapan Dinda yg Kanda sayangi . Tertulisnya Setiap huruf yg terkandung dalam surat ini membuktikan cinta Kanda Terhadap Dinda . Walaupun Kanda berada Beribu batu terpisah dengan Dinda , Namun Hati kita selalu Dekat . 


Dinda , 
   Tujuan kanda menulis warkah ini sebenarnya hanya untuk Membuktikan bahawa kanda amat cintai akan dinda . Telah kanda harumkan warkah ini dengan wangian ros yang segar dari taman bunga ros . Dan telah Kanda tulis Warkah ini dengan tinta-tinta cinta kanda terhadap Dinda . Dinda , Bagi Kanda , Dinda tiada peganti . Allah telah kurniakan Kanda seorang wanita yg secantik dinda untuk kanda hidup atas bumi yang suci ini . Rupa cantik Dinda dapat kanda samakan dengan malaikat malaikat yang berada di syurga sana kerana dalam hidup kanda , Belum pernah lagi wanita seperti dinda muncul dalam hidup kanda .

   Walaupun sifat dinda yang nakal itu kadangkala mengguris hati kanda , Tetapi sedikit pun kanda tidak kisah kerana Sifat Dinda itulah yang dapat menyempurnakan hidup kanda . Dinda umpama bulan dan bintang yang menyinari bumi yg gelap gelita ini . Turunnya dinda dalam hidup kanda , Tidak pernah lagi kanda rasa gelap dan kesunyian . Dinda sinari hidup kanda dgan wajah dinda yg cantik dan dinda menghidupkan suasana ceria dalam hidup kanda dengan gelak ketawa dinda yg comel itu . 



   Akhir kata , Kanda sujud syukur kerana telah dikurniakan dinda dlam hidup kanda dan kanda akhiri warkah ini dengan ucapan assalamualaikum beserta sekuntum bunga ros merah yg baru dipetik dari taman syurga ~

No comments:

Post a Comment